Thursday, October 10, 2013

Mari senyum bersama Azhar Usman, Allah Made Me Funny

Salam buat semua,
Jika anda tergolong di kalangan yang meminati siri komedi Seinfeld, cubalah bertukar kepada saudara Azhar Usman. Komedinya ada mesej, lawaknya ada sindiran, dan dia juga sebenarnya cuba berdakwah melalui komedi. Kenapa, tak percaya? Selamat menonton, wassalam.

Tuesday, August 20, 2013

Kedamaian Solat Para Muqorrobin : Dr Umar Farooq Abd-Allah

Salam pembaca budiman,

Malam ini saya suka berkongsi video ceramah daripada Dr Umar Farooq Abd-Allah berkenaan solat orang-orang soleh. Mendengar suara beliau yang tenang sahaja sudah sangat mendamaikan...wajahnya yang jernih juga cukup mengingatkan kita kepada keindahan wajah orang-orang soleh. Untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut, boleh lawati biodata beliau di sini.

Kepada mereka yang sudi, lapangkan dada dan masa anda untuk sekian masa yang mampu...Insya Allah. Selamat bersiaran. Wassalam.


Tuesday, June 4, 2013

Maksud tersirat dari filem Musang Berjanggut


Salam buat pembaca budiman,

Beberapa hari sudah saya sempat menonton seketika filem Musang Berjanggut di TV. Dalam kesemua filem Allahyarham P. Ramlee, inilah yang menjadi poojaan hatiku! Saya suka filem ini atas sebab pelbagai, lagunya yang menusuk kalbu, jalan ceritanya yang hebat, jenakanya yang mantap.

Namun sejak dua menjak ini, filem P. Ramlee boleh dilihat dari sudut tasawuf. Entah kenapa, saya rasa P. Ramlee membuat filem seperti mengarang kitab Ihya! Malah, setiap jenakanya pun seperti boleh ditafsirkan dalam pelbagai maksud, dan semakin ia dihayati makin jelas pengajarannya.

Dalam cerita musang berjanggut, diibaratkan manusia yang mengikut hawa nafsu seumpama seorang Raja yang dikudakan. Aduhhh...terasa sangat sindiran Allahyarham kepada hamba yang lemah ini. Ini baru satu contoh, anda cubalah perhatikan contoh lain ya
ng sepadan...sekian dahulu, wassalam.

Thursday, January 10, 2013

Bila ada yang bertanyakan tentang Islam, hadiahkanlah buku ini...

Salam semua...

Awal tahun ini saya berkesempatan menghabiskan bacaan buku bertajuk Islam The Misunderstood Religion, karangan Dr Danial Zainal Abidin. Tajuknya menarik, isinya ternyata lebih baik. Saya tak berniat untuk membuat ulasan buku pada posting ini, sekadar nak berkongsi pendapat sahaja. Pada hemat hamba yang lemah lagi hina dan dhaif serta kurang ilmu makrifat serta banyak pula kesalahannya, buku ini memang sangat patut dimiliki semua umat Islam yang faham bahasa omputih...Kegunaannya banyak, pengisian ilmu buat diri sendiri, dijadikan modal berdakwah, untuk dibaca kepada keluarga, dan yang paling sesuai mungkin dijadikan hadiah kepada rakan bukan Islam yang nak tahu tentang kesyumulan Islam.

Jika anda petah berbicara, tahu seba sedikit tentang perbahasan aqidah antara agama (inter faith), banyak mengkaji kemukzijatan Al Quran, dapat menghubungkaitkan sains dan teknologi dengan Kalam Ilahi, serta fasih pula mendatangkan hujah aqli di dalam merungkai falsafah kehidupan, mungkin anda tak perlukan buku ini. Simpan sahaja duit anda untuk dilaburkan kepada amal bakti yang lain. Jika anda seperti saya yang masih bertatih dalam memberi pengertian kepada maksud sebenar hidup beragama, tak rugi pastinya duit yang anda laburkan untuk mendapatkan koleksi berharga ini. 

Beliah satu, jika tidakpun seribu! Sekian dahulu, wassalam.